Belajar krita (software buat animasi percuma)

 Hai semua pembaca, aku kembali. kalini aku nak cerita aku belajar krita. apa itu krita? krita tu perisian (sofware) untuk kita buat animasi 2d dan ianya sofware yang free yang kita boleh download dan update tanpa perlu membayar untuk lesen.


 

Macam mana aku boleh jumpa software krita ni? ceritanya aku memang berhajat nak buat animasi 2d. Well... aku lebih prefer animasi 2d berbanding 3d, walaupun MUNGKIN animasi 3D lebih mudah MUNGKINLAAAAAA.... sebab apa aku kata lebih mudah, sebab pada aku, ko cipta 1 model 3D lepastu gunakan model yang sama untuk semua pergerakan. Berbanding 2D yang kau kena lukis banyak kali untuk setiap pergerakan berbeza. Tu pada aku la....


 Kenapa aku prefer 2D sebab pada aku 2D tu lebih berseni. tu pendapat peribadi aku la... 3D pun seni gak, cuma 2D tu pada aku lebih berseni. Mungkin sebab kesusahan nak hasilkan dia macam yang aku cakap tadila.

Dulu aku selalu buat animasi 2D guna adobe animate. Tapi software tu software berbayar, kalau tak ada duit nak bayar, kena la guna versi crack. Tapi kalau boleh aku nak tinggalkan zaman guna crack-crack ni. Lagipun guna software crack zaman internet ni boleh mendedahkan komputer kita kepada ancaman hacker, dan boleh melumpuhkan komputer kita.


So pilihan nak buat animasi secara percuma ni yang aku tahu guna perisian blender lah. Blender ni software untuk buat animasi 3D sebenarnya, tapi boleh je guna untuk buat animasi 2D. Dalam pada dok tengok tutorial-tutorial Blender 2D ni, kat sugestion kat tepi-tepi tu dan cadangan video seterusnya, ada la tutorial krita ni.


So aku pun try la tengok sekeping dua video tutorial krita ni. Aku dapati yang Krita ni menarik jugak untuk buat animasi 2D. So aku pun download la Krita ni memandangkan dia memang percuma.

Pada aku la... apa yang menariknya Krita ni kita boleh melukis macam melukis kat Adobe Photoshop, tapi lepas tu lukisan tu kita boleh animasikan dalam software yang sama tanpa perlu import export ke software lain.


 

Kalau adobe animate dulu (ni apa yang aku tahu lah) tak mudah la, melukis kat adobe animate tak mendapatkan hasil macam melukis kat adobe photoshop. Kalau nak guna lukisan yang kita hasilkan kat Photoshop, kena import sebagai imej seketul, akan jadi lainlah senang cerita.


 

Tapi yang Krita ni, kita lukis lepas tu kita just letak je keyframe. next lukisan kita lukis kat keyframe baru. Hasilnya tu cantik la, tak la nampak 2D sangat macam kalau kita lukis kat adobe animate.

Lagipun krita ni available kat banyak platform. so saya boleh sambung melukis kat mana-mana platform contohnya kat linux. kadang datang angin saya nak pakai linux, saya pakai je krita kat linux tu.

ok saya nak sambung buat kerja kat krita ni. ada masa saya sambung cerita lagi ye. bye

Ulasan

Catatan Popular