Main game dapat duit
Kalau korang masuk sini sebab cari cara main game dapat duit, korang di tempat yang betul sebab aku dah cuba dan dapat duit dari main game malah aku masih lagi main game untuk dapatkan duit.
Cuma....
apa yang yang korang kena tahu pasal hakikat main game dapat duit ni tak seindah dalam iklan yang korang terpaksa tengok untuk dapatkan duit melalui cara tengok drama atau video-video.
Kalau mudah macam tu, aku tak perlu buat 3-4 kerja untuk menyara hidup.
Kalau mudah macam tu, kat US tu confirm tak ada gelandangan. Ramai dah jadi kaya sebab main game kalau betul main game dapat duit banyak macam dalam iklan tu. Hakikatnya tak seindah itu ye tuan-tuan
lepas tu, bukan mudah nak dapat duit tu, seriusly jauh beza dari dalam iklan tu, ada yang ko kena main game berjam-jam untuk dapat USD1 malah ada yang tak sampai USD1 pun walaupun kau dah main game tu berhari-hari. Tapi sekurang-kurangnya kau boleh ambik duit dari hasil kau main game tu berbanding dengan app-app yang scam kau untuk main berjam-jam tapi hasilnya kau tak boleh cashout.
Macam yang aku kata kat atas ni tadi, ada banyak app yang sebenarnya scam kau je. kau main game berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu, sampai masa nak cashout, tak boleh...banyak songelnya.
OK, kembali kepada tajuk Main game dapat duit ni. Aku dah try banyak app dan dah bertahun-tahun aku kaji. Hasil dia memang ada app yang kau boleh jana pendapatan dengan bermain game. Antaranya CASHGIRAFFE.
Tapi mungkin ada yang pernah install cashgirrafe ni tapi tak jumpa apa-apa game untuk dimainkan.
Hasil kajian aku mendapati, kita tak akan dapat jumpa game untuk dimainkan kalau kita search dan install terus dari playstore. kita kena install dari link invitation macam yang aku bagi kat atas tu, atau kita install melalui iklan yang kita jumpa masa kita terpaksa tengok iklan untuk dapatkan duit. Barulah kita akan dapat jumpa game yang boleh menjana pendapatan.
Lepas tu,dalam app CASHGIRAFFE tu ada game yang kita akan dapat point setiap minit kita main game tu, ada yang kita dapat point melalui task yang diberikan.
Apa yang tak menariknya, kalau game tu memang kita dah main sebelum ni, dan kita sambung main melalui CASHGIRAFFE ni, kita tak dapat point tu. Contohnya kau dah biasa main monopoly go, lepas tu ko intall CASHGIRAFFE ni, dalam tu ada
Dia kena main game yang kita tak pernah main. Tapi ada je trick dia kalau pandai hehehe.
oklah... selamat mencuba main game dapat duit. Jumpa lagi nanti



Ulasan