adakah blog masih relevan

 Aku mulakan post pertama di blog aku ni dengan tajuk adakah blog masih relevan bila aku mula balik berblog.


Pada aku blog masih relevan cuma dia tak akan jadi semeriah dulu la.

Ada je segelintir orang yang masih minat membaca selain aku sendiri.

Ada juga orang yang masih mencari di enjin carian macam Google dan mengharapkan hasil jawapan dalam bentuk teks berbanding video atas sebab tersendiri macam tak nak ganggu orang sekeliling dengan bunyi audio dari video.

Tak termasuk lagi orang kurang upaya pendengaran. Macam mana diorang nak layan video tanpa alat bantu mendengar.

Dipendekkan cerita kalau aku terfikir untuk search teks berbanding video, maknanya ada la orang lain yang sama macam aku. Maknanya ada orang yang lebih minat membaca berbanding menonton video. Lagipun kalau teks ni kita boleh skip kepada bahagian yang kita nak cari dengan search je perkataan yang kita nak cari berbanding video yang jenuh kita nak cari bahagian yang kita nak, walaupun dia nak pecahkan bahagian-bahagian video tu.
Selagi industri buku tak mati, industri akhbar tak mati, macam tu jugakla industri blogging kot.
Lagipun blog ni untuk aku menulis apa yang aku terfikir sebelum aku ubah jadi video animasi story telling aku. So content dalam blog ni adalah versi edisi awal untuk video aku, apa yang aku hasilkan dalam video animasi aku nanti adalah apa yang aku dah tulis kat sini

Ulasan

Catatan Popular