Ayah aku meninggal dunia

Pada hari ini, 25 April 2026, genaplah sebulan ayah aku meninggal dunia 

Pada 25 Mac 2026, perginya seorang ayah. Iaitu ayah aku. Di kala orang masih sibuk beraya, aku adik beradik, sibuk menguruskan jenazah ayah kami. Punca kematian adalah serangan jantung.

Ayah aku sakit tak lama sangat la... dalam 2-3 bulan camtu.

Raya pertama macam hari-hari sebelum tu, ayah aku lemah, semput macam tu. Tapi boleh makan lagi la. Pagi tu lepas salam raya, ayah dok kat rumah adik aku yang cuma seberang dari rumah mak aku. Dia dok situ sebab rumah mak aku terang sangat katanya, yelah raya kan. So dia pergi rumah adik aku sebab tak ada orang nak ke rumah adik aku tu.

Ayah aku ni dah dinasihatkan jangan minum air banyak. Dia memang minum tak banyak, sikit-sikit je, masalahnya banyak kali. Thermos air dia tu sampai 2 kali aku topap sebab dia suruh. Memandangkan kesihatan dia bukannya merosot, maintain macam tu je, so aku rasa tak ada apa lah kot, so aku decide untuk balik kampung isteri aku yang tak la jauh sangat, 90km je.

So petang tu dalam pukul 4 camtu aku pun gerak balik rumah mertua aku. Sampai sana dalam pukul 5.30 petang camtu.

Lepas maghrib, ayah aku mintak mak dan adik aku hantar dia ke hospital, dah tak larat sangat agaknya(ni mak aku yang cerita beberapa hari lepas ayah masuk hospital) Kitorang cuma tahu pasal ayah masuk hospital malam tu bila isteri aku bagitau dalam group suruh diorang bukak tv2 untuk tengok anak aku terlibat dengan rancangan raya macam dulu-dulu kat tv 2, adik aku bagitahu yang diorang kat hospital, hantar ayah sebab semput.

Pukul 10 setengah malam, adik aku bagitahu yang jantung ayah dah tinggal 30% je. puncanya banyak minum air, so paru-paru dah penuh air, jadi ruang nak bernafas dah sempit,menyebabkan jantung tu jadi lemah(itulah apa yang aku faham dari mesej adik aku)

Dekat pukul 1 pagi, adik aku mesej kat dalam group family yang doktor bagitahu hati, buah pinggang, jantung makin merosot. Doktor bagi 2 option, 

1. ayah ditidurkan, cuma risikonya takut ayah kena serangan jantung masa ditidurkan

2. Ayah tak ditidurkan, tapi risiko untuk buah pinggang, jantung makin merosot tu tinggi.

Doktor dah tanya ayah, ayah tak nak ditidurkan, adik aku pun cakap doktor yang mula-mula tadi kata nak tengok dulu dalam 3 hingga 5 hari.


Raya kedua tu aku tanya dalam group macam mana keadaan ayah, adik aku kata keadaan dia sama je. Lepas tu ayah muntah-muntah. Muntahnya hitam, so petang tu aku gerak balik ke Kluang balik. aku sampai lewat, dalam 6.30. Rupanya waktu melawat pun sampai 6.30 je. aku ingatkan sampai pukul 7.

Raya ke 3 keadaan ayah dah ok sikit, mungkin sebab dia banyak tidur. Yang tak bestnya dia tak kenal semua orang yang datang melawat dia kecuali cucu tiri dia. Dia siap peluk budak tu. Rindu sangat kat budak tu. tak tahulah macam mana dia boleh kenal sorang tu je.

malam tu doktor kata darah ayah dah makin ok, mask pun dah tukar kepada mask yang biasa, bukan mask besar yang siap bertanduk tu lagi. Dia pun dah boleh main telefon dah. Doktor pun dah benarkan dia minum air sikit.

Raya ke 4, subuh tu cek gula, gula ayah 7.5 maknanya dah terkawal dah tu. Sepupu aku datang melawat, dia kata ayah dah rancak berbual, so aku pun balik la rumah mertua aku balik. Sebab ayah dah beransur pulih, bukan tiba-tiba pulih.

Raya ke 5, macam biasa... sebagai menantu hantu, bangun pukul 10 lebih. tengah dok minum air kopi, tiba-tiba mak aku call wife aku. kebetulan telefon tu sebelah aku, so aku pun jawab la.

Bila aku angkat, mak aku menangis-nangis cakap ayah dah takde.

Lepas letak, tak cakap banyak tapi aku cuba untuk tetap bertenang, aku, keluarga aku dan keluarga mertua aku bersiap terus gerak ke hospital kluang.

Sampai hospital, jenazah dah dibawak dan diuruskan di unit forensik. Tinggal tunggu team pemburu pahala untuk datang mandikan dan kafankan jenazah ayah. Masa tu lepas zohor.

Masa yang ada sementara menunggu van jenazah dan team pemburu pahala datang tu, kitorang ratap wajah ayah sepuas-puasnya. Tak tahu kenapa, tapi aku snap gambar muka terakhir ayah. aku fikir yang semuanya akan siap awal(sebelum asar) tengok-tengok sampai masjid ngam-ngam azan asar.

So kitorang terus solat asar dan seterusnya solat jenazah ayah.

Lepas solat jenazah, aku hantar isteri dan mak mertua aku ke rumah mak aku, so boleh standby kalau ada orang nak datang ziarah.

Aku sampai, jenazah dah dikambus dah, tak sempat aku dan adik aku (angah) nak turunkan ayah ke dalam rumah baru ayah. Cuma adik bongsu aku je dapat turunkan jenazah ke dalam liang lahad

 

  

Ulasan

Catatan Popular